Rabu, 25 Januari 2012

LEPAK-LEPAK DI PAYA INDAH WETLANDS

Tempat tinggalku sememangnya tidak jauh dari Paya Indah Wetlands dengkil iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan. Aku kekadang suka lepak di sini kerana kat sini aku dah ada kawan. 
Selain kawan, Kat Paya indah Wetlands ni aku boleh snap gambar2 flora dan fauna. Pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di sini terutama spisis burung. Pelbagai burung yang terdapat disini seperti undan, merak, belibis, itik kapas dan macam2 lagi.Kalau dah boring tengok burung, kita boleh lepak2 tengok buaya-buaya kat sini. 'besar2 buaya kat sini tau'. Bukan setakat besar, ganas pulak tu. kalau tak caya anda terjun dalam kolam tu.. selamat jalan.
Selain buaya, Selain itu, kat sini ada badak hippo. Aku suka tengok badak hippo duk terendam dalam air. Rasa sejuk badanku. Sebenarnya ada banyak lagi pemandangan yang menarik di Paya Indah wetlands. 
 Selain flora dan fauna, aku juga selalu lihat sunset di paya Indah Wetlands. menarik terutama di gate 2 kerana lebih tenang dan jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan