Ahad, 15 April 2012

BURUNG PANGLING (PURPLE SWAMPHEN) DI PAYA INDAH WETLANDS DENGKIL

paya indah wetlands dengkil
Mungkin anda pernah pergi atau pernah dengan Paya Indah Wetlands Dengkil. Lokasinya berhampiran Putra Jaya dan Pekan dengkil. Bagi yang pernah ke sini mungkin melihat buaya atau pun badak Hippo. selain itu pengunjung mungkin beriadah atau berbasikal mengelilingi kawasan rekreasi Paya Indah wetlands. Tetapi mungkin ramai yang tidak pernah memasuki kawasan konservasi Paya Indah Wetlands. Bagi yang pernah, anda merupakan orang yang bertuah.
seekor burung pangling sedang mencari makanan
Selain tarikan buaya, badak hippo, ular, memerang atau pun merak yang bebas bergerak dalam kawasan Paya Indah Wetlands, anda juga boleh melihat sejenis burung iaitu burung Pangling ataupun purple swamphen. Burung yang berwarna biru dan keungu-unguan ini sekeluarga dengan burung ruak2. Tetapi burung pangling lebih cantik dan lebih besar berbanding burung ruak2. Burung ini memang banyak terdapat di Paya Indah Wetlands tetapi agak sukar hendak melihatnya kerana burung ini merupakan burung yang tinggal dalam habitat liar di Paya Indah Wetlands Dengkil.
hidup dalamm kumpulan yang kecil
Kalau anda berminat hendak melihat burung ini, bolehlah anda ke Paya Indah wetlands dengkil. Burung ini boleh dilihat di kawasan berumput dan paya di paya Indah Wetlands. Burung ini aktif mencari makanan pada waktu awal pagi dan juga lewat petang. Oleh itu, menentukan masa adalah sangat penting jika mahu melihat burung. Burung ini dapat dilihat di belakang tapak  Family Day atau pun dibeberapa tempat dalam kawasan conservasi. Anda hanya perlu berdiam diri dan memerhatikan kawasan paya yang berumput. Burung ini memang ada dan awas.. jangan buat bising kerana burung ni jenis penakut atau pemalu. Jika anda bising atau terlalu dekat dengan burung ini, burung pangling ini akan melarikan diri lalu menyorok dalam rumput panjang. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan