Rabu, 9 Januari 2013

PANTAI AIR PAPAN MERSING JOHOR

antara chalet yang disediakan
Sebuah pantai yang agak terpencil di daerah mersing Johor. Sebenarnya pantai Air Papan agak tersorok dari pandangan luar kerana pantai ini sendiri jauh dari laluan utama atau jalan utama. Walaupun terpencil namun masih ada pengunjung yang datang merehatkan di sini memandangkan terdapat beberapa buah chalet yang selesa diduduki dengan kadar sewa yang berpatutan. 
Selain itu, bagi sesiapa yang minat untuk mandi manda bersama keluarga di sini amat bersesuaian kerana pantainya landai dan agak terlindung dari tiupan angin. Tidak seperti sesetengah pantai yang pantainya curam dan tak sesuai untuk kanak2 mandi manda. 
Walaubagaimanapun, kekurangan aktiviti yang disediakan di pantai ini menjadikan pantai ini sepi dan agak membosankan terutama bagi pengunjung yang suka mencuba aktiviti pantai seperti kayak, banana boat dan sebagainya. Bagi aku, jika terdapat aktiviti2 yang menyeronokan sudah pasti lebih ramai pengunjung yang datang ke pantai ini memandangkan kesesuaian geografi pantai yang menarik.

berhadapan pulau2

pantai yang luas dan landai

terdapat menara pemerhati

terdapat gerai2 cenderahati

kalau nak mancing di hujung pantai ada tanjung

ada juga chalet yang menyediakan kolam renang

boleh call kalau minat

Tiada ulasan:

Catat Komen