Isnin, 7 Januari 2013

JELAJAH MALAYA SIRI 2

persiapan nak jalan2
Sempena cuti akhir tahun 2012, aku sebenarnya tak ada pun planing nak jalan mana tetapi oleh kerana desakan keluarga berhajat sangat nak jalan2. Aku sebenarnya tak tahu nak jalan mana kerana kalau nak pergi Melaka dah selalu sangat. Kalau nak pergi jalan2pantai timur pun dah selalu juga dan tahun lepas pun dah pergi. Nak pergi port Dickson.. alahai dah tak rasa apa2 dah. Cameron Highland tengok sayur2... alamak kat maidin pun ada sayur.
Cuma bahagian negeri Johor sahaja yang aku belum jelajah walaupun ada juga aku pergi sekali sekala. Macam biasa la aku pergi mana2 tak ada perancangan khusus melainkan tengok internet jalan yang boleh aku lalui. Tengah duk tenet tu tetiba terlihat tempat bernama Pantai Air Papan. Rasanya macam best gak kerana pantai tu macam terpencil dan mungkin aku boleh cuba try test mancing. Hahaha... mancing lagi. Biasa la kalau kaki mancing tu kalau jalan2 pun mesti ke arah laut atau sungai atau tasik.
jalan berpandukan papan tanda
Aku bagitau isteri2 dan anak2 aku supaya pack barang2 dan aku sediakan barang2 aku set alat mancing dan juga khemah. Mana la tau, kot2 tak ada tempat tidur jawabnya pacak khemah la.
Aku bertolak pun agak lewat selepas Zohor. Aku pula memandu ala2 santai gitu. Dah la pandu santai2 lepas tu menginggah pula tempat2 yang ditemui. Sedar tak sedar dah pukul 8 malam aku baru sampai Segamat.  Jadi terpaksa la aku bermalam di hotel kat Segamat. Apa salahnya pun kerana aku selama ni pun tak pernah sampai Segamat. Esok pagi tu, ronda2 kejap kat Segamat dan sempat la aku shoping kasut sport sepasang RM 10 sahaja. Cantik pulak tu, boleh buat pergi mancing.
selepas bergerak dari Segamat sempat juga aku singgah di kaki gunung Ledang dan sempat berbual2 dengan guide gunung. Selepas bergambar sekeping dua aku terus bergerak. Dalam perjalanan tu, isteri dan anak2 aku nak pergi mandi air terjun. Alahai.. macam2 la pulak dia orang ni. macam tak pernah pergi mandi air terjun. dalam perjalanan tu ternampak signboard air Terjun Berlumut. Terus masuk simpang, ingatkan dekat tetapi rupa2nya jauh ke dalam. Aku mandi-manda sekejap kat sana. Air terjun memang sejuk dan best tapi pengunjung banyak buat sampah kat sana. Hilang syok aku tengok sampah bersepah-sepah.
puncak ledang dilampu traffic
Selepas mandi manda aku meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu aku ternampak signboard Taman Negari Endau Rompin. Ini la tempat yang aku nak pergi tengok. Tempat ni agak terpencil dari jalan besar dan tiada penempatan langsung. oleh kerana aku dah masuk aku teruskan juga walaupun terasa menyesal pun ada. Sesampai di sana tak ada apa2 pun melainkan tapak rekreasi yang dah ditinggalkan orang. Aku berbual2 dengan pegawai perhutanan dan aku dapat la sikit maklumat tentang memancing ikan kelah di sana. Dengar cerita pegawai tu macam best sahaja. Aku ajak isteri2 aku bermalam dan berkhemah di sana kerana aku nak test mancing tengalan tapi tak dapat daaa... . Keputusan majoriti memaksa kau meneruskan perjalanan ke Mersing.
di kaki gunung Ledang
Aku sampai di mersing hari dah agak lewat petang. selepas makan sempat aku singgah di pasar sehari. Macam2 isteri aku borong kat sana. Aku beli madu lebah tualang sebotol. Memang ori bro.. bertenaga. Aku sampai di panytai Air Papan hari dah malam. Nasib baik chalet ada kosong lagi. Kalau tak bermalam dalam khemah la jawabnya.
selepas simpan barang, aku merayau2 mencari port mancing. Aku sempat berkenalan dengan dua orang pemancing. Tengah syok mancing tetiba hujan turun lebat hingga basah kuyup. Tak jalan lain aku terus pulang ke chalet.
Pagi esoknya kami mandi manda kat pantai Air Papan. selepas mandi dan berkemas kami meneruskan perjalanan. Aku singgah di Penyabung. Bukan ada apa pun di sini kecuali 2 buah kelong yang tersohor di kalangan kaki pancing iaitu kelong Acheh dan kelong INU. Aku ajak isteri2 aku naik dan bermalam di atas kelong tetapi sekali lagi cadangan aku di tentang habis-habisan.Aku kalah lagi kerana majoriti.
singgah mandi manda
Aku meneruskan lagi melalui Nenasi dan apa tempat lagi yang aku tak tahu. Yang aku tahu.. pemandangan tepi pantai dalam perjalanan tu memang cantik dan menarik.  Akhirnya kami sampai Di Pekan Pahang. Aku bermalam kat hotel  biasa saja betul2 depan sungai Pahang. Sedang bini2 dan anak2 aku dalam bilik, aku merayau tepi sungai tu. Ada gak orang memancing.. memancing udang galah.
Esoknya sempat la gak kami rayau2 kat Bandar Pekan... Pekan yang sepi tapi cantik dan bersih. Meneruskan perjalanan kami singgah di Kuantan sebagai destinasi terakhir dalam jelajah ini. Sedang ronda2 kat bandar Kuantan, isteri2 aku nak pergi Teluk Chempedak pulak. Aduhai... bukannya best pun tengok pantai. sesamapi di sana ramai pengunjung bersesak kenderaan. Aku pun lepak2 la sekejap kat sana sambil mata menjeling2 tengok beruang2 laut duk berjemur.
Selepas selesai di Pantai telok chempedak, kami meneruskan perjalan pulang tetapi malang sekali apabila traffic jem  kat genting sempah. bertapa aku dalam kereta hampir 4 jam.

jangan tiru macam saya

di atas sungai gunung belumut
happy sangat
semalam di sini

kiri kanan hutan dan terserempak banyak kumpulan beruk

di jeti Penyabung.. jeti ke kelong Acheh

ingat nak bermalam dan memancing di sini tapi....

warna-warni di Bandar Pekan 

keindahan pantai Teluk Chempedak tempat beruang laut berjemur.. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Komen