Khamis, 4 Oktober 2012

TANAH AINA RAUB

kalau la tanah ini aku yang punya

Aku dan gang2 Malaysia nature Guide(Managa) menerima jemputan dari pada salah seorangnya ahli Managa iaitu datuk Rosnah untuk melihat dan mempromosikan salah satu resort rakannya di Raub. Tempat ni memang agak terpencil tetapi dari segi kehijauan disepanjang perjalanan memang mengasyikan.
macam rimau daaa..

Aku yang pertama kali menjejak di sini menganggarkan resort ni hanya tepi jalan sahaja. Apabila sampai di sana kami di beritahu bahawa resort tersebut terletak jauh ke dalam hutan dan perlu menaiki kenderaan 4x4 untuk ke sana. Tapi kenderaan 4x4 disediakan oleh pihak resort. terasa gayat juga apabila kenderaan 4x4 melalui tepi lereng bukit yang menyayup.

di cerun bukit

Pemandangan sepanjang perjalanan ke resort menaiki 4x4 pun sudah mengasyikan, apatah lagi apabila sampai di sana. Sudah tentu menarik tekaan ku semasa berada di sepanjang jalan. Sahaja aku melayan perasaan untuk menghilangkan rasa gayat dan gemuruh semasa kenderaan 4x4 memanjat bukit dan menuruni cerun yang bengkang- bengkok serta becak selepas hujan.

baru sampai

Apabila sampai, kami disambut oleh pemandangan dusun dengan rumput yang menghijau mengasyikan. resort ni memang betul2 terletak di celah2 antara  bukit yang curam. Sungguh mempersonakan dengan resort berlatar belakangkan dusun dan hutan rimba yang menghijau.

mendamaikan

Resort yang dibina menggunakan kayu yang berkualiti ini memang cantik dan comel kena dengan suasana rimba. Apatah lagi disekeliling resot ditanam dengan tumbuhan rimba lalu menghasilkan pemandangan yang semulajadi. Hiasan dalam resort dengan perabot yang bersesuaian menampakan resort ni memang resort yang eksklusif. Apatah lagi ada resort yang dibina betul2 digigi kali menghasilkan dendangan muzik  air yang mengalir deras.
jangan buat terjunan tiruk kat sini

kalau akulah, aku pilih resort yang dibina betul2 digigi air kali. Bukan apa, memang sejuk mata memandang sambil diiringi bunyi deruan air yang memang mengasyikan. Kalau terasa ingin mandi, terus saja londeh pakaian dan buat terjunan tiruk terus ke dalam lubuk.

tengas dan kelah

Selain itu, aku memang suka resort tepi sungai ni. Jangan tanya kenapa ye? tengok sendirilah dalam sungai tu, terdapat beratus ekor tengas dan kelah hijau yang berenang manja tanpa menghiraukan keselamatan langsung. Tapi awas, ikan2 ini hanya boleh di lihat sahaja. Jangan sesekali bawa jala atau jaring ke sini. Walaupun ikan ini ikan liar, penangkapan ikan ini sudah tentu akan menghilangkan sri resort ini.

salah satu flora

Pemandangan hijau dalam resort ini memang tak boleh dipertikaikan. memang kelas A kalau anda mahu berbulan madu di sini. kalau di lihat harga resort ni memang agak mahal tetapi dari segi nilai estetika kehijauan hutan rimba serta kedingin alam semulajadi memang tiada tandingan.Kalaulah aku boleh berbulan madu sekali lagi, inilah tempat pilihan ku yang tak berapa jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur.

datuk Rosnah dan Mr Rambo(pengerusi Managa)

Semasa pulang, kami menaiki traktor pula. memang terasa seronok juga menaiki traktor. selalu kita lihat pekerja ladang sahaja menaiki traktor. Apa salahnya kita menambah sedikit pengalaman yang jarang2 dinikmati orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan