Jumaat, 2 Mac 2012

BUAYA BERTELUR DI PAYA INDAH WETLANDS

ibu buaya sedang menjaga telurnya dalam bulatan merah

Dalam bulan Feb 2012, aku pergi ke Paya Indah kerana hendak membuat rentis bersama En Ismail burung. setelah selesai membuat sedikit catatan tentang rentis, En Ismail mengajak aku melihat buaya yang sedang menjaga telurnya dalam kolam buaya. Buaya tu bertelur di tepi tembok sahaja. Apabila kami menghampiri tembok, ibu buaya tu terus menerkam sehingga membuatkan aku terkejut dan nak cabut lari. Yang lucunya, baya tu berada dalam tembok dan tak boleh keluar. Oleh kerana terkejut dan takut aku bertindak spontan melarikan diri.


telur buaya yang terdedah
Sarang buaya tu telah terdedah mungkin kerana ibu buaya tu masih muda dan belum ada pengalaman. bagi aku inilah kali pertama aku melihat ibu buaya yang sedang menjaga sarang dan telurnya secara live. Ini merupakan satu pengalaman yang menarik dan tak mungkin aku lupakan. Jika anda ada kelapangan, apa salahnya membawa anak2 ke Paya Indah Wetlands Dengkil. Memang menarik di sini dan masuk adalah percuma sahaja. Sambil bersiar2 anda dan anak2 anda boleh belajar tentang wildlife di sini. Apa tunggu lagi, jom kita ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan