Sabtu, 3 Mac 2012

KEJOHANAN PERAHU LAYAR MSS DI BATU LAUT

peserta sedang mempersiapakan perahu daan layar
perahu layar yang dah sedia untuk belayar
2 peserta bersaing hebat menuju garisan penamat
hakim yang sabar berpanasan menunggu ketibaan peserta
peserta yang sampai dahulu
walaupun keletihan, pegawai bertugas tetap bersemangat
rilex keranaa tak ada angin
menunggu untuk ditarik naik ke darat
Feb 2012 aku dipanggil bertugas untuk kejohanan perahu layar MSS di Batu Laut Kuala langat. Biasalah, guru2 yang dah biasa naik bot atau tak mabuk laut selalu yang dipanggil bertugas.
Kelihatan para peserta sedang memasang layar pada perahu masing2. 









Perahu layar yang siap dipasang perlu disusun rapi supaya tidak mengganggu  laluan. Walaupun pesertanya masih kecil tetapi dedikasi dan semangat yang ditunjukan sungguh mengharukan. Bukan itu saja, keberanian mereka berada di laut berseorangan dalam perahu pun sudah cukup membanggakan aku.








Biar pun berpanas paara pesertaa akan berada di laut sehingga perlumbaan tamat. Ada masa angin yang tidak mahu bertiup membuatkan peserta berpanasan dalam matahari terik sementara menunggu angin.aku yang dah biasa pun terasa kepanasan ini apatah lagi peserta yang kehausan dan keletihan. Syabas peserta perahu layar MSS.






Kesian jugak melihat abang hakim di garisan penamat ni. Berpanasan menunggu peserta tiba digarisan penamat. Walaupun panas terpaksa menumpukan kepada tugas masing2.











Peserta yang sampai dahulu digarisan penamat pasti tersenyum lebar kerana para peserta yang terpilih akan berlumba lagi dalam peringkat MSSM di kuantan. Syabas kepada para pemenang.








Orang yang paling sibuk di laut iaitu pegawai bertugas yang terpaksa bergerak dari satu boya ke satu boya sepanjang masa bagi memastikan tiada peserta yang menipu. Walaupun keletihan namun komitmen mereka membuatkan mereka masih happy dalam keletihan dan kepanasan.









Apabila perlumbaan tamat, tetapi peserta masih belum tamat kerana mereka perlu menarik perahu ke darat lalu dibersihkan. Memang meletihkan melihat para peserta perahu layar.










Selain itu, pelbagai pihak yang terlibat menjayakan kejohanan Perahu Layar seperti bomba dan penyelamat, JPAM dan juga agensi kerajaan lain. mereka ni sedang menunggu troli untuk menarik bot ke darat setelah perlumbaan tamat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan