Rabu, 25 Januari 2012

SAJA-SAJA KE SUNGAI SEDIM

tree top walk
bertaapa dalam kesejukan
Telah lama aku mendengar cerita2 tentang kehebatan Sg Sedim dari adik2ku yang pernah ke sana. Walaupun Sg Sedim tidak.  jauh dari kampungku namun sangat jauh dari tempat aku berkhidmat. Selain itu, kekangan masa juga membantutkan angan2ku hendak ke sana. Walaubagaimanapun, selepas aku kursus nature guides di Paya Indah Wetlands aku bertekad hendak ke sana semasa pulang ke kampung halamanku. Pada cuti sekolah yang panjang 2011, aku pulang berpeluang pulang ke kampung bersama isteri2 dan anak2ku. Selain tu, adikku yang bertugas di Klang juga pulang ke kampung. Aku mengambil kesempatan ini mengajak adik dan mak serta anak buahku pergi ke Sungai Sedim. Hampir sampai di sana hujan telah turun dengan lebat. Walaupun hujan lebat, aku tetap meneruskan perjalanan ke destinasi. Tempat yang mula2 aku tuju setelah sampai ialah 'tree top walk'. Walaupun hujan masih turun kekadang renyai2 dan kekadang lebat, aku bertekad nak naik tree top walk juga. akhirnya, aku meniti tree top walk dalam hujan. Anak2 buahku turut meniti atas tree top walk sambil berpayung. Puas juga aku atas pokok, aku turun ke bawah kerana anak2 buahku mahu mandi walaupun sejuk.
memang lawak.. berpayung atas 'tree top walk'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan