Selasa, 5 Mac 2013

LEPAK NGAN GANG SPIKY DI BUKIT MELAWATI KUALA SELANGOR

gaya rambut spiky
Pada mac 2013, aku bawa team rugbi sentuh ke MSS selangor. Perlawanan tersebut di padang SK Bandar Baru Kuala Selangor. Kami team Sepang tidur di  kem Mega Kristal. Oleh kerana pasukan terpaksa balik keesokan hari kerana majlis penyampaian hadiah habis lewat. 
Kesempatan ruang masa yang ada, kami ambil keputusan naik bukit Melawati. Walaupun aku selalu bawa team ke Kuala Selangor, tetapi tiada kesempatan hendak menjengok Bukit Melawati. Sesampai di atas bukit dengan memandu kereta, aku terpegun juga tengok kejinakan lotong2(gang spiky) di sini. Memang gang2 spiky ni agak sporting apabila dihulur kacang dan pisang. Selain itu, Gang2 spiky ni juga sporting apabila bergambar. Rasa terhibur juga tengok gelagat gang spiky. Murid2 aku yang dibesarkan di bandar malu2 dan takut2 pada muklanya sahaja. 
Kalau anda lalu Kuala Selangor, singgah2 la sekejap kat bukit tu. Takkan tersa rugi kalau singgah di sana terutama jika anda bersiar bersama anak2. Suatu pengalaman yang baru untuk anak2 yang dibesarkan dalam dunia moden.
rumah api di bukit melawati

anda boleh lepak2 ngan gang spiky

sporting apabila diminta bergambar
lepak sempoi...


ala banggg.. meh la lepak sini


memang jinak

melepaskan tension selepas penat bermain



Tiada ulasan:

Catat Komen