Isnin, 20 Mei 2013

KUALA LUKUT DESTINASI PEMANCING

panorama senja di Kuala Lukut
Kalau diceritakan lokasi Kuala Lukut tentu ramai yang tidak mengetahui malah ada yang tidak pernah mendengar pun nama tersebut. Tetapi cuba anda bertanya kepada kaki2 pemancing di manakah Kuala Lukut tentu ramai yang boleh beritahu lokasi Kuala Lukut.
Kuala Lukut merupakan sebuah penempatan yang agak terpencil walaupun dalam daerah Port Dickson. Pekan yang terdekat dengan Kuala Lukut ialah Pekan Sg Chuah dan juga Pekan Bukit Pelanduk yang pernah terkenal sekejap dengan virus JE.
Di Kuala Lukut terdapat 2 buah jeti memancing iaitu jeti memancing Pozi atau jeti koperasi dan Jeti memancing Mamud yang berhampiran dengan muara Kuala Lukut. Jeti2 ini dibuka 24 jam dan 360 hari setahun dengan bayaran rm 3 sahaja untuk seorang pemancing.
Selain jeti memancing terdaapat juga 5 buah kelong memancing diperairan Kuala Lukut iaitu Kelong Mamud (2 buah), Kelong Raja (2 buah) dan kelong Pozi (kelong Koperasi). Maka tak hairanlah ramai kaki pancing yang mengenali dan mengetahui Kuala Lukut kerana saban tahun ribuan kaki pancing yang datang ke sini untuk aktiviti memancing.
Selain Kelong, di sini juga ada juga menyewa bot untuk memancing. Banyak port  memaancing di tengah laut seperti di rumah api tabung haji, boya enam, jeti shell , boya hijau, rumah api putih , boya merah dan jeti Jinmah Power Plant. Pemancing boleh menyewa bot di jeti Pozi atau Juga Jeti Mamud yang menyediakan perkhidmatan menyewa bot bersama tekong.
Selain memancing ada juga yang datang ke sini sekaadar melepak2 sambil berkaraoke di Jeti Pozi pada waktu malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen