Rabu, 18 Januari 2012

HALAMAN JALAN-JALAN JENAHAK PANGGANG

di pantai Pulau Pangkor
Aku dah menulis blog pasal cerita mancing, tetapi terasa pulak ada kekurangnya sebab aku ada banyak cerita lain. Selain memancing, aku juga suka berjalan-jalan makan angin atau mengembara. Tak salah kalau aku juga boleh menulis cerita pasal jalan-jalan ni. harap pembaca sudi memberi galakan kepada ku supaya terus menulis semoga pengetahuan dan pengalaman yang aku lalui ini boleh dikongsi bersama.
Telah banyak pengalaman lampau aku biarkan begitu sahaja. terasa rugi yang amat sangat. bukan setakat itu sahaja, dulu aku juga tidak suka bergambar di tempat2 yang pernah aku singgah. Maka kenangan dulu tu hilang begitu sahaja. bukan apa, kenangan lama yang dah lepas tu boleh kita bandingkan dengan pengalaman sekarang yang jauh berbeza.
Mungkin selepas ini, aku tak akan membiarkan satu cerita pun pengalaman pengembaraan aku hilang begitu sahaja. Dengan adanya blog ini sedikit sebanyak menjadi diari perjalanan hidupku yang baru. Perjalanan yang boleh aku bandingkan supaya menjadi iktibar dan pengajaran dalam erti kata hidup yang sebenar. Aku tak memerlukan sesuatu pengalaman yang hebat untuk ku tulis. Aku berharap pembacalah yang akan memberi semangat hidup kepadaku untuk terus menulis. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca pengembaraanku. Sekian dan terima kasih sekali lagi.

1 ulasan:

  1. Playtech mobile casino in New York City is up and running
    Playtech is expanding in the United States of America by launching its online 제주 출장안마 casino in 과천 출장마사지 New York City. This is 속초 출장안마 a first 울산광역 출장마사지 in 익산 출장샵 a series

    BalasPadam