Rabu, 8 Januari 2014

KELONG MEMANCING POZI KUALA LUKUT NEGERI SEMBILAN

Kelong Pozi Kuala Lukut negeri Sembilan
Mungkin ramai yang mengetahui apa itu kelong memancing. Pada hari ini aku nak mengajak anda semua memancing di kelong Pozi yang terletak di Muara Kuala Lukut Port Dickson Negeri Sembilan. Sebenarnya kelong Pozi ini sudah lebih sepuluh tahun di bina dan akhir-akhir ini barulah kelong ini agak popular. Sebenarnya kelong Pozi dahulu dikenali dengan nama kelong Koperasi kerana kelong ini milik Koperasi Pelancongan Pelanduk 2020. Oleh kerana kelong ini dikendalikan oleh Pozi maka kelong ini senang dikenali dengan nama Kelong Pozi.

kalau nak santai boleh la bawa hemop
Terletak di Muara Kuala Lukut dan bersebelahan dengan daerah Sepang dan Port Dickson. Lebih senang kalau aku katakan Kelong Pozi terletak 20 minit sahaja perjalanan dari KLIA. Bagi pemancing yang datang dari utara seperti Kuala Lumpur, petaling Jaya, Subang, Syah Alam dan Klang bolehlah pergi ke kelong Pozi melalui KLIA atau pekan Sepang kerana jarak perjalanan lebih dekat berbanding mengikut lebuhraya Seremban. Bagi pemancing yang datang dari arah selatan seperti Melaka dan Johor mestilah melalui Port Dickson terlebih dahulu.



pemandangan sunset semasa di kelong
Bagaimana nak pergi ke kelong Pozi? Anda hanya perlu menelefon Pozi melalui talian bernombor 019 3601221 dan membuat tempahan bila nak nak naik Kelong. Datang saja ke jeti anda akan di sambut oleh boatman yang akan membawa anda ke kelong. Pasal harga jangan risau di mana kebanyakan kelong memancing hanya mengenakan cas yang berpatutan melainkan kelong memancing bertaraf 5 bintang. Kalau anda masih ragu2 tentang kelong bolehlah menggunakan khidmat guide yang akan menguruskan trip memancing anda.

nak birding pun boleh tapi kena bawa bino...
Apa kemudahan yang ada di Kelong Pozi? kalau anda berminat memancing semalaman, memang ada bilik yang disediakan. Bilik yang ala kadar dengan sebuah pangkin untuk melabuh badan yang kepenatan memancing. Selain itu, bagi yang ingin memasak sendiri boleh la membawa bekalan memasak sendiri kerana dapur juga disediakan. Kebanyakan pemancing memilih memasak di kedai sahaja kerana senang dan cepat. Order saja pada boatman nak makan apa, nanti dia akan hantar tanpa caj penghantaran. Selain dapat ada juga pangkin di luar bilik dan sebuah rumah rehat kecil untuk melepaskan hajat perut memulas.


spisis pemotong perambut
Ikan apa yang ada di Kelong Pozi? berdasarkan pengalaman saya, terdapat pelbagai spisis ikan karang seperti jenahak, kerapu, bayan, baracuda dan juga GT. Selain itu ikan pari juga sekali sekala mampu menggongcang joran dan  kederat anda. Bagaimana pun hasil memancing bukan sahaja berdasarkan nasib malah umpan dan teknik yang digunakan. kalau tak tahu anda boleh rujuk dalam blog2 dalam web.
Umpan apa yang sesuai di kelong Pozi?





jenahak keemasan menjadi buruan utama
Umpan apa yang sesuai di Kelong Pozi? Bagi pemancing yang memburu ikan2 gred A bersaiz besar seperti jenahak, kerapu, pari dan GT sebaiknya menggunakan umpan anak ikan seperti tamban atau selar yang boleh di Apolo di kelong Pozi. Jangan lupa, apolo kertas warna putih bersaiz 4, 5 atau 6 sahaja yang sesuai di kelong Pozi. Selain umpan ikan hidup penggunaan umpan udang hidup dan pumpun sarang juga boleh digunakan. 

Peralatan apa yang perlu di bawa ke kelong Pozi? bagi pemancing biasa yang sekadar untuk bersantai hanya perlu bawa makanan , minuman dan juga makanan minuman ringan sebagai tambahan. Berbalik kepada pemancing yang tegar dan memburu ikan2 besar perlu membawa tangguk sotong, tangguk ikan dan juga hook bagi menghadapi kemungkinan yang tak diduga. 

nak cuba hentakan senangin besar pun boleh
Memancing ni sekadar hobi yang menyeronokan. Selain itu memancing juga menguji kesabaran dan kreativiti seseorang. Jika percubaan kali pertama gagal, jangan lah kita cepat2 melabelkan sesuatu yang buruk tentang sesuatu lapangan memancing tersebut. Cuba dapatkan maklumat yang selengkap sebelum pergi memancing supaya peluang lebih luas untuk kita mendaratkan ikan.













kumpulan kecil

kumpulan besar

Tiada ulasan:

Catat Komen