Selasa, 8 September 2015

NAK KE KELONG POZI?

kelong pozi kuala lukut negeri 9
Mungkin anda nak ke kelong Pozi tapi tak tahu lokasi dan tak ada pengalaman memancing di kelong. Dalam page ni saya akan cuba memberi sedikit panduan yang boleh dijadikan pedoman atau tip jika berminat memancing di atas kelong.
Kelong Pozi sebenarnya terletak di laut lepas berhadapan dengan Kuala Lukut. Kalau nak ke Kelong, kita perlu menaiki bot di jeti Kg Kuala Lukut. Ada juga pemancing yang masih silap kerana mereka datang ke Kuala Lukut berpandukan GPS. Setahu saya, jika kita menggunakan GPS akan menunjukan arah ke Kuala Lukut tetapi di seberang sungai.
Sebenarnya kalau saya ambil perbandingan masa, jeti Kuala Lukut hanya 30 minit sahaja dari KLIA. Jadi, jika anda berada di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya, Klang atau arah utara seeloknya mengikut KLIA dan masuk jalan menuju ke pekan Sepang yang terletak hanya kurang 10 km dari KLIA. Di Pekan Sepang, anda akan jumpa simpang tiga di mana simpang ke kanan jalan ke Bagan Lalang, Tg Sepat, Morib dan Banting. Anda perlu ambil simpang ke kiri yang akan menuju Lukut dan Port Dickson. Tapi ingat, simpang menuju Kg Kuala Lukut sebelum lagi sampai di Lukut. Dalam pertengahan jalan, di Pekan Tanah Merah ada simpang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan