Selasa, 8 September 2015

LAYAN CASTING DI TASIK PRIMA PUCHONG

JUNIOR PB REMPIT
11 Jan 2014 sepatutnya aku bawa satu group memancing di atas kelong tetapi oleh kerana kekangan kerja, group yang booking kelong terpaksa membatalkan expidisi. Entah macamana, terlintas di hati nak melawat Muaaz di Puncak jalil.
Nak jadi cerita, Si Muaaz pula buka cerita dia layan toman di Tasik Prima. Apa lagi, terus aku ajak dia bawa aku layan kayak di  tasik. Lagi pun, aku tak perbah layan kayak fishing di dalam tasik.
Selain tu, aku juga bercadang nak bergambar dengan peacock bass. Aku dengar ada Peacock Bass(PB) di dalam tasik tersebut. Sebenarnya aku tak pernah lagi bergambar dengan PB. Rasa macam ada kekurangan pula sejak menceburi minat memancing.
Awal pagi aku dah bertolak ke kedai Muaaz kerana nak bawa kayak. Si Muuaz pula bawa seorang rakan yang baru nak berjinak dengan kayak Fishing. Nasib aku baik kerana kawan Muaaz tu memang selalu dan dah biasa melayan PB di tasik Prima.
Apabila dah sampai baru lah aku tahu rupa2nya tasik tersebut dah dikelilingi dan di kepung oleh pembangunan dan perumahan. Sesampai aku di sana, kelihatan dah ramai pemancing yang dah bersedia dengan rod masing2. Ada pemancing yang layan cast dan ada yang layan guna umpan hidup. Tapi yang pasti, aku nampak ramai kaki2 cast yang memancing di sini.
Dengan bantuan kawan Muaaz, aku berjaya juga menaikan PB. Walaupun kecil, janji lesen juga la. Tak mengapa, jika ada umur dan masa aku pasti akan sampai lagi memujuk PB yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Komen