Rabu, 1 Februari 2012

HOMESTAY PARIT 9 BARAT SUNGAI BESAR SELANGOR

Aku dapat jemputan daripada pihak homestay kat sini pada 27 Jan 2012. Kak Suzana yang merupakan salah seorang orang kuat homestay yang jemput. pihak homestay hendak buat promosi tentang pakej baru iaitu Malam Panen atau Malam Menuai dalam bahasa orang kampung aku. Selain nature guide yang dijemput, Ada juga beberapa wartawan yang turut serta seperti Berita harian dan Majalah Santai.
Walaupun jemputan tu untuk 3 hari 2 malam, tetapi aku hanya dapat mengikuti aktiviti untuk malam menuai sahaja kerana aku terpaksa menguruskan pakej memancing di Kelong Pozi. Pada petang tu, kak suzana membawa kami ronda2 kat tepi sawah yang sungguh indah. Sawah padi berwarna kuning keemasan kerana padi telah masak. Selain tu, beberapa petak sawah telah dituai oleh mesin menuai.
Ingatkan kak suzana nak bawa kami ronda2 tengok sawah tetapi sebaliknya beliau hendak kami mengikuti aktiviti berakit dalam parit atau taliair. Tengok saja parit, hati aku terus teringat nak casting haruan.. hahaha. nak buat camna? hati seorang pemancing. Aku tak dapat nak berakit kerana terlupa bawa pakaian persalinan tetapi tetap terhibur melihat telatah rakan2 dan anak2 kecil berakit dalam parit. Teringat nostalgia lama aku semasa kecik2 berakit dalam paya semasa musim banjir.
Selepas tu, Kak Suzana sempat bawa kami tinjau lubuk2 ikan yang akan digagau pada esok hari. walaupun aktiviti tu esok hari, tetapi dah ada kekawanku yang terus menjadi memerang apabila terlihat lopak2 air yang ada ikan. semasa balik, kami lalu tengah sawah, saja aku minta kak suzana membawa kami meredah tengah sawah supaya dapat menjiwai jiwa kampung yang telah lama aku tinggal sejak bekerja di Selangor.
Aku sempat snap beberapa keping foto tengah bendang orang yang entah siapa punya. Sesampai di rumah angkat tempat kami menumpang, kami terus dihidangkan air kelapa bersama pecal resepi asli jawa. Pergh.. memang sedap tak terkata. Aku bedal 2 mangkuk pecal. Tak ketingalan menu petang tu ialah pisang goreng yang menjadi makanan rutin masyarakat jawa di sini dan di mana2 saja.. hahahaha. Jangan marah yer orang jawa.


Selepas mandi malam tu, kami dihidangkan makan malam nasi anbang. Sambil makan kami turut di sajikan dengan nyanyian lagu diiringi paluan kompang. seumur hidup aku, inilah kali pertama aku mendengar paluan kompang semasa makan malam . terasa jadi penghulu zaman2 dulu.. zaman Pak Malau Seri Mersing. 

Selepas makan, kami di bawa melihat padi dituai pada waktu malam. Sungguh klasik apabila padi dituai pada waktu malam. tetiba, isteri aku yang merajuk sejak petang tadi menjerit-jerit meminta nak naik mesin menuai. Maka dapatlah aku juga merasa naik mesin menuai buat kali pertama dalam seumur hidup. semasa berdiri atas mesin menuai tu, terasa seperti berdiri dan duduk atas belakang transformer pulak.

Selepas turun dari mesin menuai, kami dihidangkan lagi dengan minuman kopi dan kuih-muih walaupun perut aku masih penuh dengan nasi ambang. selepas makan aku terus minta izin pulang kerana aku perlu menyediaakan alatan untuk pakej memancing di kelong. Walaupun sekejap aku berada di homestay ni, tetapi pelbagai aktiviti menarik telah aku lalui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan