Rabu, 25 Januari 2012

SINGGAH DI AIR TERJUN BATU BERANGKAI

jeram yang mendamaikan
Cerita air terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak aku dah lama dengar semasa aku praktikal menjadi guru di Tapah Perak dalam tahun 1996. Namun  aku tidak berpeluang ke air terjun ini Sehinggalah sekarang dalam tahun 2011 aku sempat singgah semasa dalam perjalanan pulang ke Sepang dari kampung. itu pun kerana isteriku nak sangat mandi-manda.

isteri2, anak2 dan anak buah
Oleh kerana highway plus terlalu sesak, jadi aku ikut jalan biasa dan singgah di air terjun Batu berangkai. Jalan masuk ke air terjun ni agak sempit melalui di tepi2 rumah orang kampung. Semasa aku sampai hari dah agak lewat lebih kurang pukul 6 petang di mana kebanyakan pengunjung sudah pulang, Anak2 dan isteri2ku mengambil kesempatan untuk mandi-manda termasuklah aku. 

Air kat sini memang sejuk dan menyegarkan. Selain itu, pemandangan air terjun ini agak menarik tetapi sayang dikotori oleh sampah2 pengunjung yang datang ke sini. Aku sempat berbual2 dengan seorang apek yang selalu mandi-manda di sini. Beliau menasihatkan kami supaya jangan mandi di sini jika hari hujan kerana selalu terjadi kejadian 'kepala air'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan