Ahad, 25 Oktober 2015

RUMAH RAKIT WAK CAKOI SUNGAI SEPANG




memang indah dan ekonomi
Rumah Rakit Wak Cakoi ni memang sesuai kalau anda nak bersantai bersama rakan dan keluarga. Rumah rakit ni berada lebih kurang 0.5 km dari muara Sepang dan dikelilingi hutan bakau yang penuh dengan flora dan fauna.
 Walaupun percutian kat sini tidak la seperti hotel 5 bintang tetapi memang menarik kerana anda sendiri dapat merasakan pengalaman berada dalam kehidupan rumah dalam sungai. Selain tu, anda sendiri dapat menikmati keindahan hutan bakau dengan pengalaman sekali. 
nak buek taik mato pun boleh
kalau anda nak memancing memang inilah tempat yang sesuai anda nak memancing dengan anak-anak dan isteri kerana terasing dari orang ramai. selain itu jika anda nak bbq sambil lepak dengan kawan-kawan juga amat bersesuai. Anda tak nak memancing dan berborak dengan rakan tetapi nak menyendiri dan lari dari kesibukan kota juga amat bersesuai.
Selain tu harga yang tak mahal dan mampu dibayar oleh kebanyakan orang memang tak sepatutnya anda bagi alasan  tak mampu bawa anak isteri pergi makan angin.

santai beb
ruang memenungkan diri



2 ulasan: