Rabu, 28 Oktober 2015

BAWA LA ANAK-ANAK TU MAIN LAYANG-LAYANG KAT PANTAI MORIB

pintu gerbang menyambut kedatangan anda
Okey, semua orang pun dah tau pantai Morib, Banting Kuala Langat. Pantai Morib bukan baru disebut tetapi dah lama pun dikenali. Mungkin orang tau pantai Morib lama tetapi sebenarnya pantai Morib dah up grade jadi lebih moden dan menarik. Kalau dulu orang datang pantai Morib nak mandi pantai tetapi sekarang ni dah lain. Kalau anda nak mandi,nak lepak, nak jalan-jalan, nak jogging, nak makan-makan dan juga tak ketinggalan nak layan anak main layang-layang pun boleh pun boleh di sini. 
Cerita pasal main layang-layang, aku memang selalu bawa anak main layang-layang kat sini. Tapi kalau nak main layang-layang tu elok la datang petang sikit apabila cuaca panas. Angin yang menderum membantu layang-layang naik tinggi. Kalau tak ada layang-layang pun tak ngapa kerana kat sini memang dah ada ramai orang jual lelayang pelbagai saiz,corak,warna dan harga. 
replika yang menarik menanti anda bergambar
Kalau tak nak main lelayang boleh saja layan anak main buih pun seronok. Anda boleh saja buat apa saja kat sini tetapi jangan buat maksiat ye.. Allah maha mengetahui walaupun tersorok.
 Kalau dah penat layan anak boleh juga pergi basahkan tekak ataupun isi perut yang kosong tu. Ada banyak gerai yang bersih dan cantik setia menunggu anda dan keluarga. Tetiba saja anak ajak pergi mandi, boleh saja terus pergi sebelah kanan ada port memang untuk mandi manda. Kalau nak mandi tu tunggu time air pasang la, kalu tidak anda kena menapak jauh kerana pantai Morib memang landai. Sambil berenang-renang tu juga anda boleh kutip kulit siput yang ada. Kalau air surut boleh juga kalau nak gatal-gatal tangan kutip kepah dalam pasir. 
Apa pun yang anda buat destenasi pantai Morib memang menarik dan berbaloi kalau bawa keluarga datang sini.

duduk-duduk dulu kalau penat

teduhan yang nyaman 

beli saja kat sini, harga murah dan berpatutan

laluan menuju kepantai

layan saja anak main pantai

kalau lapar dan dahaga singgah la dulu



Tambah kapsyen

kalau petang memang lelayang terbang tinggi

nak mandi pergi saja hujung sebelah kanan

view yang menarik pantai Morib sekarang

2 ulasan:

  1. Kunjungi link saya ya
    http://www.1628poker.com/ref.php?ref=QIILOPEZ
    usobet.com

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam