|
gaya rambut spiky |
Pada mac 2013, aku bawa team rugbi sentuh ke MSS selangor. Perlawanan tersebut di padang SK Bandar Baru Kuala Selangor. Kami team Sepang tidur di kem Mega Kristal. Oleh kerana pasukan terpaksa balik keesokan hari kerana majlis penyampaian hadiah habis lewat.
Kesempatan ruang masa yang ada, kami ambil keputusan naik bukit Melawati. Walaupun aku selalu bawa team ke Kuala Selangor, tetapi tiada kesempatan hendak menjengok Bukit Melawati. Sesampai di atas bukit dengan memandu kereta, aku terpegun juga tengok kejinakan lotong2(gang spiky) di sini. Memang gang2 spiky ni agak sporting apabila dihulur kacang dan pisang. Selain itu, Gang2 spiky ni juga sporting apabila bergambar. Rasa terhibur juga tengok gelagat gang spiky. Murid2 aku yang dibesarkan di bandar malu2 dan takut2 pada muklanya sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan