Jumaat, 2 Mac 2012

DOLLARBIRD DI JETI KUALA LUKUT

jeti memancing kuala lukut
selepas balik dari Batu laut selepas menjadi pengadil Kejohanan perahu layar, aku saja singgah jeti memancing Kuala Lukut kerana nak jumpa Pozi. Sambil2 nak jumpa Pozi tu aku sempat2 la jugak lontar sekali dua joran dalam muara tu.Semetara menunggu ikan meragut aku mundar-mandir atas jeti sambil menikmati keindahan petang di muara Kuala Lukut. Aku perhatikan laut lepas, aku perhati hutan2 bakau dan tak lepas juga aku perhatikan fauna2 yang berkeliaran di sana seperti lotong, kera dan juga burung2. Memang banyak burung yang terdapat di jeti sini. Ada yang bertenggek saja malah ada yang bersarang dan beranak pinak hampir dengan kita.

carik dada atau pun bee eater
Biasanya pada waktu petang kita pasti lihat carik dada ni berterbangan menyambar serangga lalu bertenggek atas ranting2 mati hutan bakau.Ada orang kata burung jenis ni burung berhijrah dari negara China. Saya pun tak pasti, yang pasti burung ni cantik dan selalu berterbangan di sekitar jeti Kuala Lukut.









2 ekor gembala kerbau bersarang dalam batang nibung jeti

Yang ini pulak ialah gembala kerbau atau jungle myna memang banyak terdapat di Jeti Kuala Lukut. Ada yang berterbangan mencari makanan dan ada yang berterbangan mencari sarang. Yang 2 ekor ni sedang bersarang dalam lubang batang nibung berhampiran jeti. Kalau anda perhatikan di jeti Kuala Lukut pada lewat petang atau senja, anda akan dapat lihat beribu2 gembala kerbau ni terbang melintasi sungai berhampiran jeti untuk pulang kesarang atau pun tempat tidurnya. Memang suatu yang mengasyikan memerhati burung ni melintasi sungai dalam jumlah yang banyak tanpa putus2.
sepasang perling mata merah menjaga sarang dari diceroboh
 
 Burung perling mata merah yang paling senang anda lihat di jeti Kuala Lukut. Bukan sahaja senang dilihat malah begitu hampir dengan kita. Burung ni banyak bersarang dalam lubang batang nibung yang telah reput di jeti. Oleh kerana sudah biasa dengan manusia, burung ni agak jinak dengan manusia dan boleh dikatakan setiap batang nibung di jeti Kuala Lukut terdapat sarang burung ini.Burungini juga memakan buah ara yang terdapat di tepi jeti.




tiong batu atau dollarbird

Burung ini aku sendiri tak pernah lihat sehinggalah aku ternampak di jeti Kuala Lukut. Oleh kerana aku tak pernah lihat maka aku pun tidak kenal spisis ini. Terpaksalah aku rujuk dari pakar burung di paya Indah wetlands. selidik punya selidik maka dapatlah jawapannya. Ini lah burung tiong batu atau dollarbird. Burung ni selalu mengganggu sarang2 burung perling dan gembala kerbau di jeti. Warnanya yang hijau berkilau sungguh cantik semasa terbang tetapi agak liar apabila dihampiri. Apabila terbang selalunya mengeluarkan bunyi eerrrkkkk.. yang lantang.

 Di jeti kuala Lukut, anda mungkin akan melihat sepasang tiong batu yang bertenggek di hujung ranting bakau yang tertinggi sekali. Saya rasa burung ni susah dilihat sekarang. Adalah bertuah jika kita dapat melihat burung ini bebas berterbangan berhampiran dengan kita. Cuba2lah perhatikan jika anda ke jeti Kuala Lukut.






Kita juga dapat lihat helang black shoulder kite yang berterbangan mencari mangsa atau pun bertenggek di dahan tinggi. Burung ini selalu dilihat berterbangan berhampiran jeti Kuala Lukut.









Apa yang saya nak ceritakan di sini, kalau kita ke jeti memancing Kuala Lukut rajin2lah perhatikan keistemewaan fauna yang terdapat di sini. Kalau kita rajin memerhati, kita kan dapat merasai keistemewaan tempat ini dan sebaliknya kalau kita tidak peka kita tidak dapat melihat keistemewaan tempat ini.Selain burung2 yang saya ceritakan di atas terdaapat lagi burung2 lain seperti hekang siberia, pucung keladi, pucung serandau dan fauna2 lain banyak terdapat di sini. Apa yang penting, kita mesti rajin2 perhati dan berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan