di pantai Pulau Pangkor |
Telah banyak pengalaman lampau aku biarkan begitu sahaja. terasa rugi yang amat sangat. bukan setakat itu sahaja, dulu aku juga tidak suka bergambar di tempat2 yang pernah aku singgah. Maka kenangan dulu tu hilang begitu sahaja. bukan apa, kenangan lama yang dah lepas tu boleh kita bandingkan dengan pengalaman sekarang yang jauh berbeza.
Mungkin selepas ini, aku tak akan membiarkan satu cerita pun pengalaman pengembaraan aku hilang begitu sahaja. Dengan adanya blog ini sedikit sebanyak menjadi diari perjalanan hidupku yang baru. Perjalanan yang boleh aku bandingkan supaya menjadi iktibar dan pengajaran dalam erti kata hidup yang sebenar. Aku tak memerlukan sesuatu pengalaman yang hebat untuk ku tulis. Aku berharap pembacalah yang akan memberi semangat hidup kepadaku untuk terus menulis. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca pengembaraanku. Sekian dan terima kasih sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Komen