Rabu, 26 Julai 2017

KHAZANAH DALAM PASIR PANTAI MORIB

pantai yang terkenal di Malaysia
Ramai yang selalu atau pernah pergi ke pantai Morib atau jirannya pantai Kelanang samada pergi untuk mandi manda atau berkhemah. Tapi ramai yang tak sedar bahawa pantai Morib dan pantai Kelanang tu memang kaya dengan khazanah dari dalam laut sampai ke pantai. 
Pantai Kelanang yang bersebelahan pantai baru Morib tempat orang mandi manda tu memang kaya dengan hasil dari dalam pasir. Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang ada dalam pasir pantai sedangkan tu tempat orang mandi manda? Dalam pasir pantai Kelanang yang bermula dari pantai morib terdapat banyak katib dan juga pepahat. Eh, apa itu katib? apa pula pepahat?
antara sedar atau tidak, ketam, udang dan ikan berenang disebelaah anada

Katib tu serupa dengan pepahat tetapi tak sama jenis. Katib lebih pendek dan gemuk berbanding pepahat. Dari segi rasa dan juga harga, katib lebih sedap dan mahal berbanding pepahat. 
Bagaimana nak cari dan ambil katib dan pepahat tu nanti saya bincang dalam bab lain. Paling senang, semasa air laut surut tu, pergi la tengok orang ramai yang terbongkok-bongkok tengah pantai tu. Untung-untung orang asli yang pemalu tu boleh ceritakan. hehehe...
khazanah dalam pasit terdedah semasa air laut surut
Kalau dalam pasir terdapat katib dan pepahat serta kepah, dalam laut pula tentu lebih banyak khazanahnya. Memang terdapat pelbagai jenis ikan terutama ikan yang bermutu tinggi terdapat dipersisir pantai Morib dan Kelanang seperti ikan pari, sebelah, senangin, kurau dan pelbagai lagi. Tetapi ramai orang suka menjaring ketam dan udang besar yang menjadi ikon pesisir pantai. Memang ketam Morib dan Kelanang memang terkenal dengan saiznya yang kecik tetapi isinya penuh selain rasanya manis. Pelbagai cara orang menangkap ketam di sini seperti menjaring, menyuluh, memasang bento dan juga bubu. Walaupun saiz ketam kecil tetapi ada masa  juga ketam besar melepak di pesisir pantai. Itu bergantung pada nasib dan juga cuaca. 
Kalau anda sekeluarga pergi berkelah ke pantai Kelanang atau Morib tu boleh la buat aktiviti menangkap ikan, ketam atau udang bersama keluarga. Selain satu riadah dapat juga merasa makanan laut yang segar terus dari laut.
pepahat dan katib.. serupa tapi tak sama?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan